*di taip pada 18 nov 11
Pernahkan
anda berfikir sekiranya suatu hari nanti tiba-tiba anda kehilangan
teman, adakah anda akan rasa sunyi???atau selesa berkeadaan
begitu??bukan mudah untuk kita menjalinkan persahabatan yang jujur,yang
tiada hasad dengki dihati, yang ikhlas dan serasi dengan kita.
Ketika
kita seorangan ingatkan kenangan kita semasa alam kanak-kanak,betapa
seronoknya kita memulakan alam persekolahan dengan mengenali kawan-kawan
yang ramai.Sentiasa gembira..tapi kini masih ada kah teman-teman
sebegitu itu disisi anda?
Perhatikan
kawan-kawan yang berada disisi anda sekarang, adakah sama dengan
persahabatan anda sebelum ini?tidak…ye, setengah orang akan berkata
tidak dan setengah lagi akan berkata ya..terpulang pada individu itu.
Indahnya
persahabatan akan dapat kita rasa apabila kawan-kawan sudah tiada
disisi kita.Betul tak kita sering dengar “Seseorang itu akan menghargai
sesuatu apabila ianya sudah tiada’.Pada waktu itu anda pasti merasa
rindu dan ingin kembali semula ke masa silam.Ingin bersama-sama
mengumpul kenangan manis dan menyulam kedukaan bersama.Tapi ingat!!!
kita tidak akan kembali ke masa silam hanya yang boleh kita lakukan
ialah hargailah teman yang berada disisi anda.Seburuk mana pun teman
itu,ia tetap teman anda.Perbaikilah ia dan jagailah ia kerana disebalik
keburukkan pasti ada kebaikan yang akan membuat kita mengingati
dia.Belum tentu lagi teman yang kita temui selepas ini sama seperti
dia.Mungkin lebih teruk dari dia…jadi seperti yang saya katakan tadi
‘Hargailah teman disisi anda.
Bukan
senang mendapat kawan yang sentiasa disisi samada dalam keadaan kita
susah atau pun senang…Betul tak?? Bila kita gembira ramai kawan disisi,
tapi bila kita susah 1 dalam sejuta susah untuk kita temui.Anda tidak
dapat menjangka bilakah waktu kita senang dan bila pula musibah datang
menimpa.Selain dari ahli keluarga, kawan lah tempat kita meredakan
perasaan.Janganlah kita di waktu senang lupa pada mereka dan bila
musibah menimpa kita mencari mereka.
Jadi pikir-pikirkan lah…nilai persahabatan antara kita semua…sayangilah kawan-kawan kita..hargailah mereka..
No comments:
Post a Comment