*di taip pada 18 nov 11
Rasylan
menasihati Intan Julia agar tidak membantah bapanya berkahwin dengan
Aisyah. Jeffri pernah menampar Intan Julia kerana isu itu. Rasylan
adalah anak hubungan terlarang antara pensyarah UIA, Muaz al-Khalibi
dengan pembantu rumahnya warga Indonesia. Pembantu rumah itu balik ke
Bandung dan meletakkan bayi itu di tepi jalan bersebelahan longkang
besar kerana malu anaknya tidak berbapa setelah Muaz al-Khalibi pulang
ke Jordan. Jabatan Kebajikan Masyarakat menyerahkan bayi itu kepada
Datuk Mustakim untuk dijadikan anak angkat dan tinggal di Taman Seri
Andalas , Kelang. Jeffri melarang Intan Julia rapat dengan Rasylan
kerana tidak tahu asal-usul keturunannya. Rasylan menjadi anak angkat
Datuk Mustakim . Dia tidak mendapat kasih sayang dan sering ditinggalkan
di rumah sahaja. Jeffri melangsungkan perkahwinan dengan Aisyah
setelah mendapat persetujuan Intan Julia.
Jeffri melarang Aisyah masuk ke bilik isteri pertamanya Intan Maliana kerana bimbang diracun. Setelah 3 tahun koma dan terbaring di rumah, Mama boleh membuka mata. Mama terkejut apabila melihat Aisyah di sebelah suaminya dan sedang sarat mengandung. Mama mati terkejut setelah mengetahui Jeffri telah menduakannya.
SINOPSIS KESELURUHAN
Novel
ini mengisahkan Intan Julia yang hidup bahagia dengan bapanya Jeffri
(Papa) dan mamanya Intan Maliana serta pembantu rumah Makcik Noraini di
Kelana Jaya. Intan Julia (16 tahun) bersekolah di SMK Seri Gading . Di
sekolah ini juga ibunya Intan Maliana menjadi guru Matematik. Bapanya
juga menjadi guru Sains Pertanian di sekolah yang sama. Kemudian
bapanya menjadi pensyarah ekonomi di Kolej Ikhtisas. Intan Maliana
mengandung lagi bagi memenuhi kehendak suaminya. Cikgu Suzie dan Makcik
Noraini melarang Intan Maliana mengandung kerana 17 tahun lalu dia
pernah pengsan / koma ketika melahirkan Intan Julia. Doktor terpaksa
memerah susu kerana bayi itu (Intan Julia) enggan minum susu tepung.
Intan Julia lahir tak cukup bulan, hanya 7 bulan sahaja. Makcik Noraini
adalah sepupu Jefri. Dia kematian suami dan anak-anak 17 tahun lalu
akibat kereta berlanggar dengan lori tangki semasa dalam perjalanan
dari Johor ke Bidor sewaktu mereka hendak pulang berhari raya.
Intan
Maliana melahirkan anak kembar Siam bernama Ahmad dan Muhamad di
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras,Selangor. Anak
kembar ini meninggal sewaktu dalam perut dan Intan Maliana koma selama 3
tahun . Jeffri membawa pulang isterinya untuk dirawat di rumah sahaja
kerana dia ingin meluangkan lebih masa bersama isterinya dan mengikuti
perkembangan isterinya dari semasa ke semasa. Selepas SPM , Intan Julia
belajar di Kolej Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
Gombak , Selangor. Dia tinggal di asrama UIA. Dia sesekali pulang ke
rumah dan menjaga ibunya yang koma . Julia dan Rasylan belajar di tempat
yang sama dan selalu bersama ke perpustakaan, minum di Restoran
Starbuck Coffee di Mid Valley dan restoran makanan segera. Julia
terserempak dua kali dengan bapanya dan Aisyah minum bersama. Aisyah
merupakah gadis cantik, anak hartawan dan tinggal di Kelana Jaya. Dia
merupakan pelajar Jeffri. Mereka pernah bermain tenis bersama di Kelab
sukan Kelana Jaya. Secara berseloroh Intan Julia menyuruh bapanya
berkahwin dengan Aisyah.
Jeffri melarang Aisyah masuk ke bilik isteri pertamanya Intan Maliana kerana bimbang diracun. Setelah 3 tahun koma dan terbaring di rumah, Mama boleh membuka mata. Mama terkejut apabila melihat Aisyah di sebelah suaminya dan sedang sarat mengandung. Mama mati terkejut setelah mengetahui Jeffri telah menduakannya.
No comments:
Post a Comment