*di taip pada 7 dec 11
pada
5 disember 2011 , kuala lumpur telah dilanda ribut yang sangat dangsat ,
wawa sendiri pun takut tau . huhuhuu ...dah macam nak kiamat . rasa
takut masa tu Tuhan jela tahu .
KUALA LUMPUR - Beberapa pengguna
jalan raya cemas apabila sebuah papan iklan gergasi di persimpangan
berhampiran Kompleks Desa Kepong di sini tumbang menyembah bumi ketika
hujan lebat dan ribut kencang yang melanda ibu negara hampir sejam
petang semalam.
Dalam
kejadian pada pukul 6 petang itu, tiang papan iklan itu patah lalu
tumbang ke arah jalan raya semasa warga kota mula berpusu-pusu untuk
pulang ke rumah.
Bagaimanapun, semua pengguna jalan raya di laluan itu menarik nafas lega apabila papan iklan itu tumbang ke bahagian bahu jalan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan daripada kejadian tersebut.
Jurucakap
Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, sehingga pukul 8 malam
pihaknya menerima lebih daripada 10 laporan berhubung kejadian pokok
tumbang termasuk tiga buah kenderaan yang dihempap pokok di Kepong.
"Pokok
tersebut dikatakan tumbang selepas hujan lebat yang disusuli angin
kencang selama hampir sejam sejak pukul 6 petang hari ini (semalam).
"Selain
Kepong, kita turut menerima laporan di Wangsa Maju, Jelatek, Kampung
Baru, Mont Kiara serta Taman Koperasi Polis di sini," katanya ketika
dihubungi di sini semalam.
Katanya, hujan lebat itu juga telah menyebabkan beberapa jalan di Kepong dinaiki air, namun masih boleh dilalui kenderaan.
No comments:
Post a Comment