Saturday, 10 November 2012

5 tip checklist cinta sebelum tinggalkan si dia

* ditaip pada 17 nov 11

Pernah Terfikir Untuk Tinggalkan Dia? Baca Ini

Ada Apa Dengan Cinta Sejati?

Satu perkara yang paling menyakitkan yang boleh dialami oleh sesorang yang terlibat di dalam sebuah hubungan adalah untuk membuat keputusan untuk meninggalkan pasangan mereka. Jika anda mengalami situasi ini, saya faham bahawa saat pertama anda berkata kepada diri :
Aku dah tak boleh sayangkan dia lagi.
… adalah saat yang paling menyakitkan dan menyedihkan bagi anda. Ini kerana anda telah memberi segala-galanya kepada si dia. Anda berikan komtimen anda. Anda berikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada dia. Anda memberi si dia kepuasan zahir dan batin.  Total giving.
Anda berfikir, alangkah baiknya kalau anda boleh baring, lelapkan mata dan tidur agar hari esok bakal berubah. Anda harapkan satu keajaiban untuk si dia berubah. Harapan paling besar anda adalah semua ini tidak pernah berlaku langsung dan anda juga harapkan masa boleh berundur setahun dua ke belakang. Sudah terlambat.
Setelah berfikir panjang, sekarang anda sedar bahawa anda telah lama menangguh untuk membuat keputusan muktamad dan mengambil tindakan wajar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dia.
Saya percaya dan sentiasa berharap anda boleh lakukan perkara yang boleh menyelamatkan cinta anda selagi ia berada di dalam kawalan anda. Anda mungkin boleh mencari bantuan profesional seperti kaunselor, meminta nasihat orang tua, atau membaca Panduan Seni Selamatkan Cinta. Tetapi anda mungkin sudah mencapai tahap di mana anda berfikir bahawa inilah masanya untuk ‘move on’ dan ketika ini anda hanya ada dua pilihan :
Terus bersama atau tinggalkan dia.

Ini adalah masa untuk mengakhiri hubungan anda bila :

  1. Anda sedar anda tidak selesa/sepakat/sehaluan dengan dia. Anda harus menyukai dia sebagai mana anda mencintai dia. Memang cinta adalah segalanya, tapi cinta sahaja tidak cukup sebagai alasan untuk anda terus bersamanya. Anda mesti berasa selesa dan berasa anda sebahagian daripada dirinya. Cinta tanpa kesefahaman tidak akan dapat membantu anda jika anda menghadapi masalah dengannya. Anda tentunya akan berasa lebih bahagia bersama orang yang anda cinta dan selesa untuk hidup bersamanya. 
  2. Anda rasakan tiada ‘chemistry’ seksual antara dia dan anda. Jika anda dan pasangan anda sedar bahawa tiada tarikan seksual yang boleh mengikat anda berdua, maka kedua-dua anda dan pasangan anda harus membebaskan diri masing-masing untuk mencari pasangan yang boleh memberi anda keperluan ini. Sebelum itu, anda harus cuba sedaya upaya dahulu untuk membetulkan keadaan untuk mengelak keputusan yang terburu-buru dan memberi kesan penyesalan yang mendalam di kemudian hari.
  3. Anda dan dia mempunyai destinasi berbeza. Saya percaya bahawa setiap situasi ada pengajarannya. Begitu juga anda dan pasangan anda di dalam hubungan sekarang ini. Anda sudah dapat pengajarannya. Sudah tiba untuk anda meneruskan perjalanan anda. Apabila sebelah pihak di dalam sebuah hubungan sudah berubah dan mempunyai haluan berbeza dari segi kehidupan dan matlamatnya, maka hubungan itu sudah tidak boleh memberi anda keperluan emosi yang anda perlukan. Move on.
  4. Si dia mempunyai masalah yang dia sendiri tidak mahu selesaikan. Masalah di sini melibatkan ‘masalah besar’ yang dihadapi oleh pasangan anda seperti masalah ketagihan dadah, alkohol, atau pornografi. Jika pasangan anda MEMILIH untuk tidak melakukan apa-apa terhadap masalah ini atau lebih teruk tidak mengaku bersalah maka anda tiada alasan kukuh untuk tidak mengakhiri hubungan ini segera.
  5. Si dia menolak untuk bekerjsama membaik pulih hubunggan anda. Situasi ini adalah yang paling menyedihkan dan teruk sekali. Jika si dia memang tidak secara aktif ataupun memang tiada niat langsung di dalm usahanya untuk memulihkan kembali hubungan anda biarpun dia ada conflict dalaman, maka anda harus sedar bahawa tiada kesepakatan di dalam hubungan ini. Carilah yang baru. ( topik kontroversi untuk dibincangkan)
Satu yang saya nak anda ketahui di sini adalah jika anda dan pasangan anda sudah tidak sehaluan tetapi anda masih ada perasaan sayang terhadap dia, ketahuilah setelah anda bersama yang baru kelak, anda pasti akan merasa lebih bahagia dan nikmat lebih dari apa yang anda ada bersamanya sekarang. Inilah hukum alam yang anda patut sedari. Psikologi manusia sentiasa menginginkan yang terbaik dan lebih barik dari yang lepas.
Tapi aku masih cinta dia. 
Tulisan saya kali ni khas untuk membantu anda membuat keputusan lebih-lebih lagi kepada anda yang tengah mengalami situasi seperti di atas. Walaubagaimanapun, saya tetap membuka ruang kepada perbincangan mengenai isu ini agar kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya.
Jika anda masih berasa tersekat kerana perasaan cinta anda yang menghalang anda membuat keputusan rasional, maka luahkan di ruangan komen agar sahabat yang lain boleh memberi pandangan masing-masing. Cinta memang boleh membunuh. Cinta boleh membuat kita hidup dalam kesedihan. Namun, kita berhak untuk menerima kebahagian dari orang yang betul-betul menyayangi diri kita seadanya.
Berikan pendapat anda di bawah

No comments:

Post a Comment