Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Sunday, 25 November 2012

Luahan Perasaan Melalui Tulisan | versi English

ayat ayat atau gambar gambar ni sesuai untuk anda send kat girlfriend boyfriend korunk 
sebab korunk tatau nak ayat macam mana kan , speaking pulak tu kan , sweet siot !! 
okay meh tengok gambar gambar ni ye , ayat mintak putus yang terbaikkk !!





ayat sedih yang patut anda send bila si dia ajak putus (kalau korunk masih nak pertahan kan lah)


yang ini memang terbaik !! siap ngaku takde yang lagi baik dari dia , terbaikk !!



ayatayat ni memang patut guna pums , minta simpati baru si dia cair kalah ais batu .


ayat ni memang sadih doi . ><
okay lah itu saja yang nak dikongsi kan daaa . Dont forget to follow if nak 
manyakmanyak tips n ayatayat . tapitapi jangan lakukan seperti gambar di bawah ini ye .
atau ini .
kesian dia tunggu awak mesej --"
 korunk buat macam ni komfem lah dia senyum 30hari . kalau buat macam 
gambar kat bawah ni lagi lah ... 
takan jumpa awak dah , sebab malu and terlampau melampau happy ,
okay lah dah panjang sangat entry ni . maaf lah :( ok daaa .

Sunday, 11 November 2012

Tips lahirkan zuriat soleh

*di taip pada 2 jan 12
KELUARGA BAHAGIA…ibu bapa perlu pamerkan akhlak dan budi terpuji kepada anak yang masih dalam proses membesar kerana suasana positif itu akan meresapi ke dalam jiwa dan sanubari. – Gambar hiasan
SETIAP pasangan suami isteri pastinya mengharapkan perkahwinan yang dibina segera dikurniakan cahaya mata bagi menjadi pelengkap hubungan kasih sayang antara mereka.


Jika berhasil, panjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah kerana Dia ‘memilih’ kita untuk melaksanakan tanggungjawab mendidik anak dalam kandungan itu supaya menjadi insan berguna.
Bagi pasangan yang barangkali sudah bertahun menantikan kehadiran cahaya mata namun rezeki belum berpihak kepada mereka percayalah, itu sebahagian ujian Allah dan terimalah ketentuan itu dengan penuh reda.
Gunakan kesempatan yang ada untuk terus berdoa dan berusaha, moga-moga satu hari nanti Allah perkenankan permohonan kita menimang cahaya mata.
Ketika itu, diharapkan kita sudah bersedia menggalas amanah Allah itu dengan sempurna. Setiap ibu bapa mengharapkan anak mereka bukan saja dapat membantu di dunia bahkan diharap membantu ibu bapanya hingga ke akhirat.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Apabila sudah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya.”
Sekiranya mengidamkan zuriat yang terbaik dan soleh, setiap ibu bapa mesti sentiasa berdoa kepada Allah yang menjadi amalan nabi dan rasul.
Allah berfirman yang bermaksud: “Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku seorang anak yang baik dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau sentiasa Maha Mendengar doa permohonan.” (Surah Ali-Imran ayat 38).
Dalam ayat itu, nabi dan rasul mengutamakan zuriat yang soleh dalam kehidupan mereka, walaupun zuriat itu belum dilahirkan lagi mereka berdoa kepada Allah s.w.t.
Malah proses melahirkan anak soleh juga perlu mengambil kira adab sebelum melakukan hubungan intim bersama isteri supaya terhindar daripada gangguan syaitan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami.
Aspek pemberian nama kepada bayi juga perlu diberi perhatian serius. Pastikan ibu bapa memberikan nama yang indah dan mempunyai makna yang baik selain sedap di dengar dan mudah disebut.
Daripada Abu Darda’ berkata, Nabi bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu sekalian akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, elokkanlah nama-nama kamu”. (Riwayat Imam Abu Daud).
Nama yang dipanggil kepada anak itu adalah doa buat mereka dan mewakili diri serta kehidupannya. Jangan salah memberi nama sehingga membawa maksud keji, hina dan buruk maksudnya.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Berilah nama dengan nama-nama Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah”. (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain).
Anak juga perlu diberi penekanan terhadap tuntutan ibadah kerana kesempurnaan ibadah melambangkan sifat kepatuhan serta ketaatan kepada Allah.
Ibu bapa juga perlu mempamerkan akhlak dan budi terpuji kepada anak-anak yang masih dalam proses membesar kerana suasana baik dan positif itu akan meresap ke dalam jiwa dan sanubari.
Soal halal haram rezeki amat mempengaruhi tindakan sikap dan tingkah laku anak. Pastikan apa saja bentuk rezeki termasuk wang, makanan atau minuman yang dibawa pulang ke rumah datangnya daripada sumber halal, terbaik lagi suci.
Malah sumber syubhah perlu dijauhi. Rezeki daripada sumber haram pastinya tidak membawa keberkatan malah ia akan menjadi darah daging yang merosakkan.
Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai manusia, makanlah apa-apa di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” (Surah Al-Baqarah ayat 168).
Mulakan langkah pertama mendidik anak dengan kembali menghayati ajaran Islam serta menghidupkan persekitaran Islamiah dalam rumah tangga.
Pegawai Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Roslan Che Rus berkata, ciri-ciri anak soleh antaranya taat kepada Allah, taat kepada ibu bapa dan menjadikan Islam sebagai pegangan.
“Jika anak soleh menjadi perhiasan kepada kehidupan di dunia dan menyejukkan mata memandang, anak toleh pula membawa maksud bertentangan.
“Anak toleh ialah anak yang jahat, tidak mentaati Allah serta ibu bapa serta sering menimbulkan masalah kepada masyarakat selain memusnahkan kebahagiaan rumah tangga,” katanya.
Beliau berkata ibu bapa atau bakal bapa perlu sentiasa memainkan peranan mereka terutamanya menyuburkan amalan terbaik yang mampu memberikan kesan langsung kepada jiwa anak-anak untuk menjadi insan soleh dan solehah.
“Melahirkan serta memiliki anak soleh lebih penting daripada menumpukan sepenuh masa mencari dan mengumpul harta kekayaan dunia.
“Tiada gunanya sepasang suami isteri yang sudah memiliki segala-galanya, harta melimpah ruah, tetapi gagal membentuk peribadi anaknya yang diselubungi pelbagai masalah moral.
“Istilah anak toleh atau derhaka ini pastinya menghampakan impian dan harapan kedua ibu bapanya malah tidak membahagiakan kehidupan orang tuanya di dunia dan di akhirat,” katanya.
Beliau berkata, anak soleh tidak akan putus-putus mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ibu bapa mereka meskipun mereka sudah pergi menghadap Ilahi.
“Itulah yang amat diharapkan setiap ibu bapa apabila mereka sudah tiada lagi di dunia ini. Doa yang sentiasa dipanjatkan anak yang soleh itu pastinya menjadi bekalan berkekalan buat mereka.
“Nabi ada bersabda yang bermaksud: “Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
“Anak soleh bukan dapat dilahirkan secara ‘automatik’ sebaliknya bergantung kepada pendidikan yang bermula sejak daripada pemilihan calon isteri atau suami lagi,” katanya.
Roslan berkata, pendidikan sempurna adalah asas paling utama untuk melahirkan anak yang soleh selain perlu disesuaikan dengan suasana dan zaman mereka.
“Anak-anak perlu diberikan didikan sesuai dengan peringkat umur mereka dan suasana semasa di samping perlu melihat bentuk cabaran yang sedang dihadapi.
“Nabi Muhammad pernah bersabda, didiklah anak kamu mengikut peredaran zaman kerana anak kamu akan membesar pada zaman lain dengan cabaran berbeza dengan cabaran hari ini,” katanya.
Ahmad Faisol berkata, memiliki anak soleh bermula sejak daripada pemilihan calon pasangan lagi iaitu berdasarkan kepada empat perkara agama, kekayaan, kecantikan dan keturunan.
“Rasulullah menyarankan lelaki yang mahu berkahwin memilih wanita atas sebab agama kerana pastinya ia usaha awal untuk memiliki anak soleh.
“Besar kemungkinan, jika seseorang memilih pasangan yang tidak bagus sikap, akhlak dan peribadinya kemungkinan anak yang mereka miliki mempunyai sikap sama,” katanya.
Beliau berkata, ramai pasangan melakukan kesilapan kerana hanya berdoa meminta dikurniakan anak, tetapi tidak ramai yang meminta dikurniakan anak soleh.
“Setiap pasangan perlu sentiasa berdoa supaya dikurniakan anak yang soleh. Justeru pendidikan awal daripada ibu bapa kepada anak mereka amat penting dalam menentukan baik buruk hala tuju anak-anak.
“Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud, “Setiap anak dilahirkan seperti kain putih, ibu bapanya yang mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”.
“Tidak cukup ibu bapa hanya berbangga anak mereka mampu memperoleh keputusan terbaik dalam peperiksaan kerana yang lebih penting daripada itu ialah mereka turut melakar kecemerlangan kerana menjiwai watak anak soleh,” katanya.
Ahmad Fisol berkata, bukan bermakna ibu bapa yang mempunyai anak derhaka perlu disisihkan mereka begitu saja namun anak itu perlu diberikan peluang serta bimbingan untuk berubah.
“Sebenarnya itu sebahagian ujian Allah kepada hambanya supaya mereka terus gigih memberi galakan serta membantu anak mereka kembali ke pangkal jalan.
“Setiap ibu bapa disarankan tidak mudah putus harapan dan semangat sebaliknya terus melaksanakan tanggungjawab dan peranan sebagai contoh ikutan kepada anak-anak,” katanya.

Saturday, 10 November 2012

hargailah kawankawan anda^kawan biar beribu_kasih biar satu_musuh jangan ada :)

*di taip pada 18 nov 11
Pernahkan anda berfikir sekiranya suatu hari nanti tiba-tiba anda kehilangan teman, adakah anda akan rasa sunyi???atau selesa berkeadaan begitu??bukan mudah untuk kita menjalinkan persahabatan yang jujur,yang tiada hasad dengki dihati, yang ikhlas dan serasi dengan kita.
Ketika kita seorangan ingatkan kenangan kita semasa alam kanak-kanak,betapa seronoknya kita memulakan alam persekolahan dengan mengenali kawan-kawan yang ramai.Sentiasa gembira..tapi kini masih ada kah teman-teman sebegitu itu disisi anda?
Perhatikan kawan-kawan yang berada disisi anda sekarang, adakah sama dengan persahabatan anda sebelum ini?tidak…ye, setengah orang akan berkata tidak dan setengah lagi akan berkata ya..terpulang pada individu itu.
Indahnya persahabatan akan dapat kita rasa apabila kawan-kawan sudah tiada disisi kita.Betul tak kita sering dengar “Seseorang itu akan menghargai sesuatu apabila ianya sudah tiada’.Pada waktu itu anda pasti merasa rindu dan ingin kembali semula ke masa silam.Ingin bersama-sama mengumpul kenangan manis dan menyulam kedukaan bersama.Tapi ingat!!! kita tidak akan kembali ke masa silam hanya yang boleh kita lakukan ialah hargailah teman yang berada disisi anda.Seburuk mana pun teman itu,ia tetap teman anda.Perbaikilah ia dan jagailah ia kerana disebalik keburukkan pasti ada kebaikan yang akan membuat kita mengingati dia.Belum tentu lagi teman yang kita temui selepas ini sama seperti dia.Mungkin lebih teruk dari dia…jadi seperti yang saya katakan tadi ‘Hargailah teman disisi anda.
Bukan senang mendapat kawan yang sentiasa disisi samada dalam keadaan kita susah atau pun senang…Betul tak?? Bila kita gembira ramai kawan disisi, tapi bila kita susah 1 dalam sejuta susah untuk kita temui.Anda tidak dapat menjangka bilakah waktu kita senang dan bila pula musibah datang menimpa.Selain dari ahli keluarga, kawan lah tempat kita meredakan perasaan.Janganlah kita di waktu senang lupa pada mereka dan bila musibah menimpa kita mencari mereka.

 Jadi pikir-pikirkan lah…nilai persahabatan antara kita semua…sayangilah kawan-kawan kita..hargailah mereka..

Selesaikan Masalah Cinta Anda Dengan Teknik Lucu Ini

*di taip pada 17 nov 11
1. Fikirkan atau bayangkan dengan jelas jika anda tidak pernah mengalaminya – saat anda sedang bercakap dengan seseorang yang mempunyai kematangan dan kebijaksanaan (saya membayangkan professor saya yang beruban dan serius). Di sewaktu ketika anda sedang bercakap (berkongsi masalah) dengan beliau, terus wajahnya berubah dan ketawa terbahak-bahak sampai air matanya pun turut mengalir kerana tak tahan dengan apa yang didengarinya daripada anda. Semakin beliau hendak menghentikan ketawanya, semakin kuat lagi sambungan ketawanya.
2. Sekarang, fikirkan masalah atau situasi yang anda hadapi sekarang…
3. Sekarang, bayangkan dengan jelas and bercerita masalah ini kepada rakan anda (yang di atas tadi). Sebaik saja anda memberitahu dia tentang masalah anda, die terus “fall down laughing”/ketawa terbahak-bahak dan tak boleh berhenti tidak kira apa yang anda lakukan…
4. Fikirkan masalah anda tadi, adakah anda meraskan sesuatu yang lain tentang masalah ini?
Sekurang-kurangnya setengah daripada sejumlah orang yang melakukan teknik ini tidak MAMPU untuk menganggap masalah yang mereka hadapi sebagai isu yang serius lagi. Masalah mereka tiba-tiba menjadi seperti perkara ringan. Lebih-lebih lagi yang ketawa terbahak-bahak tadi tu adalah seseorang yang mempunyai kematangan dan kebijaksanaan yang tinggi ( mcm Tun Mahathir? ops).
Itulah dia, ketawa dan humor adalah perkara yang paling jarang digunakan untuk memberi kita kekuatan untuk mengatasi sesebuah masalah atau sebarang limitasi diri kita. Ketawa dan humor dapat memberi kita peluang kedua untuk melihat masalah kita di sudut berbeza yang kebiasaannya lebih baik dari saat kita melihat masalah kita pada mulanya.
Setengah lagi daripada orang yang melakukan teknik berasa MARAH. Apa taknya, masalah serius boleh dibuat bahan ketawa. Jangan gusar dan buat kesimpulan terlalu awal. Marah adalah satu perasaan yang positif jika dibandingkan dengan perasaan TERPERANGKAP atau STUCK dengan masalah anda.
Marah boleh mencetus diri anda untuk melakukan tindakan yang sepatutnya. Marah boleh jadi langkah pertama untuk anda keluar daripada masalah ini.
Lihat, kesan teknik ini amat kuat sekali di dalam membantu anda melihat masalah anda dari sudut berbeza yang lebih positif. Ingat, perasaan yang saya puji ini adalah perasaan marah (kekuatan memikirkan pilihan), bukan perasaan marah yang boleh mencetuskan keganasaan seperti penderaan atau vandalisme (tanda akibat tiada sumber pilihan).
Well, hari Ahad memang hari yang tenang, dudukdi tepi tasik yang indah sambil menghirup kopi panas yang sedap. Apabila anda menghadapi masalah, ingatlah bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya, cuma agak lambat saja untuk anda mendapat inspirasi untuk menyelesaikan masalah tersebut.

8 Fakta Unik Tentang Cinta

*di taip pada 17 nov 11

Sejauh mana anda tahu tentang cinta?

Kehidupan kita di dunia ini penuh dengan informasi. Kita dihujani pelbagai maklumat baik yang berguna dan juga yang negatif. Berita-berita negatif seperti peperangan, pembunuhan, jenayah dan seumpamanya memberi energi negatif terhadap pemikiran kita.
Kita memerlukan cinta untuk mengimbangi energi negatif yang berada di persekitaran kita. Jadi saya bawakan fakta cinta yang boleh menceriakan hari anda dan boleh digunakan  inspirasi kepada hubungan anda.

1 Kajian otak manusia menunjukkan bahawa jika sesorang melihat dan merenung gambar orang yang disayanginya dalam tempoh yang lama, ia akan meransang bahagian ‘caudate’ otak – bahagian yang menghasilkan rasa kemahuan yang kuat (craving).
2 Lelaki yang mencium isterinya di pagi hari dikatakan akan hidup 5 tahun lebih lama daripada lelaki yang tidak melakukannya. ( Ape lagi, ciumlah isteri anda atau sekadar pelukan manja pun ok)
3 2 per 3 orang mengatakan bahawa mereka jatuh cinta kepada seseorang yang mereka kenal lama berbanding dengan seseorang yang mereka baru kenal.(Selebihnya cinta pandang pertama kot)
4 43% wanita tidak suka lelaki menulis ‘love’ atau ‘cinta’ di atas kad,email dan sms melainkan kata-kata tersebut disertakan dengan komitmen. ( Nampaknya kaum hawa memandang serius terhadap kata-kata cinta)
5 Seseorang yang baru jatuh cinta dan dilamun cinta akan mengeluarkan hormon serotonin yang sedikit, jumlahnya seperti tahap kandungan hormon orang yang dilanda penyakit obsesi terlampau. Sebab tu orang yang dilamun cinta memang kelihatan seperti orang gila :)
6 Mengikut kajian Dr. Helen Fisher dari  Rutgers University, penulis buku ‘Why We Love, apabila seseorang baru berpisah (break up), dia akan berasa semakin sayang terhadap bekas pasangannya. Bahagian otak yang membuat kita rasa gembira terus aktif pada ketika ini. (Sebab tu lah kebanyakan pasangan yang baru berpisah tak boleh tahan perasaan sayang dan rindu sewaktu mereka masih bersama dulu)

7 Mengikut teori matematik, seseorang seharusnya bercinta/couple dengan sedozen orang sebelum menemui pasangan yang boleh dijadikan pasangan hidup sejati. (Teori matematik je pon, sukati andalah nak ikut ke tak)
8 Ini akan mengejutkan anda : Cinta yang bahagia akan membuatkan kedua-dua lelaki dan wanita menjadi gembira. Semakin kuat komitmen mereka terhadap hubungan, semakin bertambah gembira mereka.
Saya harap anda berasa fakta dia atas berguna untuk menyemarakkan lagi kasih sayang anda terhadap pasangan anda.
Jika anda ada fakta mengenai lelaki yang suka kahwin banyak seperti hal paling sakit tentang cinta, sila kongsikan di ruangan komen.

Bagaimana Menguji & Mengetahui Bahawa Si Dia Benar Mencintai Anda?

*di taip pada 17 nov 11
Tidak sukar untuk membaca perilaku lelaki ketika dalam membuat keputusan atau mengerja sesuatu perkara, tapi dari segi emosi fuhhh…kadang-kadang lebih mudah untuk kita membaca buku teks kejuruteraan dari memahami hati dan perasaan si jejaka ni.
Sudah pasti ramai di kalangan anda tertanya-tanya dan ingin tahu sangat perasaan si dia terhadap anda. 5 cara di bawah boleh membantu anda untuk menge’test’ adakah dia benar-benar menyayangi anda atau tidak.
Peringatan : Sebenarnya terdapat banyak lagi cara yang lebih mendalam, tapi yang di bawah ini boleh jugak diguna sebagai ujian ringan :)

1. Mula Dengan Melihat Tingkah Laku Si Dia

Banyak perkara yang boleh anda perhatikan pada si dia untuk anda mengetahui perasaanya kepada anda. Antaranya, adakah dia tiba-tiba berubah tingkahlaku ketika berada di samping anda? Kalau biasa-biasa buat muka cool, tapi apabila dekat dengan anda dia buat muka yang lebih ‘friendly’ dan romantik. Kalau biasa-biasa dia pakai selekeh tapi apabila berjumpa dengan anda dia memakai pakaian bergaya dan wangian menusuk kalbu.
Adakah ini bermakna dia menagih perhatian anda? Ketahuilah bahawa bukan senang lelaki nak buat benda-benda macam ni. Ini bermakna dia berusaha keras untuk menunjukkan sayang dan penghargaannya kepada anda.

2. Dia Asyik Curi Pandang Anda

Pernahkah ketika anda sedang khusyuk melakukans sesuatu, jauh di sudut mata anda perasaan si dia tengah memerhatikan anda? Kemudian ketika anda menoleh, dia pura-pura menoleh ke arah lain? Ini bermakna dia menyukai anda dan tidak dapat menipu diri sendiri bahawa dia mencintai anda.

3. Dia Adalah Pahlawan Sejati Anda

Ketika anda dilanda masalah, ada je dia muncul entah dari mana membantu. Tayar kereta anda pancit, tidak sampai 5 minit dia tiba membantu. Dia buka pintu untuk anda, tarik kerusi anda (mcm drama sikit2 lah:) ). Lelaki yang melakukan perkara ‘respectful’ sebegini kepada wanita hanya ada satu sebab sahaja – CINTA.

4. Dia Berkawan Dengan Kawan Anda

Si dia tahu bahawa rakan-rakan dan keluarga di sekeliling anda adalah orang yang penting dalam hidup anda. Dia cuba berkawan dengan rakan anda. Lelaki yang tidak kisah untuk mengenali atau berkawan dengan orang-orang penting dalam hidup anda adalah lelaki yang berdusta dan bersandiwara mencintai anda.

5.  Dia Jujur Kepada Anda

Lelaki yang benar-benar mencintai anda akan jujur dan ikhlas berkongsi apa yang tersirat di hatinya kepada anda. Tak kira masalah peribadi atau kerja, dia akan bercerita kepada anda seperti anda sahabat karibnya. Lelaki yang berdusta hanya melemparkan kata pujian palsu dan dusta semata-semata.

5 tip checklist cinta sebelum tinggalkan si dia

* ditaip pada 17 nov 11

Pernah Terfikir Untuk Tinggalkan Dia? Baca Ini

Ada Apa Dengan Cinta Sejati?

Satu perkara yang paling menyakitkan yang boleh dialami oleh sesorang yang terlibat di dalam sebuah hubungan adalah untuk membuat keputusan untuk meninggalkan pasangan mereka. Jika anda mengalami situasi ini, saya faham bahawa saat pertama anda berkata kepada diri :
Aku dah tak boleh sayangkan dia lagi.
… adalah saat yang paling menyakitkan dan menyedihkan bagi anda. Ini kerana anda telah memberi segala-galanya kepada si dia. Anda berikan komtimen anda. Anda berikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada dia. Anda memberi si dia kepuasan zahir dan batin.  Total giving.
Anda berfikir, alangkah baiknya kalau anda boleh baring, lelapkan mata dan tidur agar hari esok bakal berubah. Anda harapkan satu keajaiban untuk si dia berubah. Harapan paling besar anda adalah semua ini tidak pernah berlaku langsung dan anda juga harapkan masa boleh berundur setahun dua ke belakang. Sudah terlambat.
Setelah berfikir panjang, sekarang anda sedar bahawa anda telah lama menangguh untuk membuat keputusan muktamad dan mengambil tindakan wajar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dia.
Saya percaya dan sentiasa berharap anda boleh lakukan perkara yang boleh menyelamatkan cinta anda selagi ia berada di dalam kawalan anda. Anda mungkin boleh mencari bantuan profesional seperti kaunselor, meminta nasihat orang tua, atau membaca Panduan Seni Selamatkan Cinta. Tetapi anda mungkin sudah mencapai tahap di mana anda berfikir bahawa inilah masanya untuk ‘move on’ dan ketika ini anda hanya ada dua pilihan :
Terus bersama atau tinggalkan dia.

Ini adalah masa untuk mengakhiri hubungan anda bila :

  1. Anda sedar anda tidak selesa/sepakat/sehaluan dengan dia. Anda harus menyukai dia sebagai mana anda mencintai dia. Memang cinta adalah segalanya, tapi cinta sahaja tidak cukup sebagai alasan untuk anda terus bersamanya. Anda mesti berasa selesa dan berasa anda sebahagian daripada dirinya. Cinta tanpa kesefahaman tidak akan dapat membantu anda jika anda menghadapi masalah dengannya. Anda tentunya akan berasa lebih bahagia bersama orang yang anda cinta dan selesa untuk hidup bersamanya. 
  2. Anda rasakan tiada ‘chemistry’ seksual antara dia dan anda. Jika anda dan pasangan anda sedar bahawa tiada tarikan seksual yang boleh mengikat anda berdua, maka kedua-dua anda dan pasangan anda harus membebaskan diri masing-masing untuk mencari pasangan yang boleh memberi anda keperluan ini. Sebelum itu, anda harus cuba sedaya upaya dahulu untuk membetulkan keadaan untuk mengelak keputusan yang terburu-buru dan memberi kesan penyesalan yang mendalam di kemudian hari.
  3. Anda dan dia mempunyai destinasi berbeza. Saya percaya bahawa setiap situasi ada pengajarannya. Begitu juga anda dan pasangan anda di dalam hubungan sekarang ini. Anda sudah dapat pengajarannya. Sudah tiba untuk anda meneruskan perjalanan anda. Apabila sebelah pihak di dalam sebuah hubungan sudah berubah dan mempunyai haluan berbeza dari segi kehidupan dan matlamatnya, maka hubungan itu sudah tidak boleh memberi anda keperluan emosi yang anda perlukan. Move on.
  4. Si dia mempunyai masalah yang dia sendiri tidak mahu selesaikan. Masalah di sini melibatkan ‘masalah besar’ yang dihadapi oleh pasangan anda seperti masalah ketagihan dadah, alkohol, atau pornografi. Jika pasangan anda MEMILIH untuk tidak melakukan apa-apa terhadap masalah ini atau lebih teruk tidak mengaku bersalah maka anda tiada alasan kukuh untuk tidak mengakhiri hubungan ini segera.
  5. Si dia menolak untuk bekerjsama membaik pulih hubunggan anda. Situasi ini adalah yang paling menyedihkan dan teruk sekali. Jika si dia memang tidak secara aktif ataupun memang tiada niat langsung di dalm usahanya untuk memulihkan kembali hubungan anda biarpun dia ada conflict dalaman, maka anda harus sedar bahawa tiada kesepakatan di dalam hubungan ini. Carilah yang baru. ( topik kontroversi untuk dibincangkan)
Satu yang saya nak anda ketahui di sini adalah jika anda dan pasangan anda sudah tidak sehaluan tetapi anda masih ada perasaan sayang terhadap dia, ketahuilah setelah anda bersama yang baru kelak, anda pasti akan merasa lebih bahagia dan nikmat lebih dari apa yang anda ada bersamanya sekarang. Inilah hukum alam yang anda patut sedari. Psikologi manusia sentiasa menginginkan yang terbaik dan lebih barik dari yang lepas.
Tapi aku masih cinta dia. 
Tulisan saya kali ni khas untuk membantu anda membuat keputusan lebih-lebih lagi kepada anda yang tengah mengalami situasi seperti di atas. Walaubagaimanapun, saya tetap membuka ruang kepada perbincangan mengenai isu ini agar kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya.
Jika anda masih berasa tersekat kerana perasaan cinta anda yang menghalang anda membuat keputusan rasional, maka luahkan di ruangan komen agar sahabat yang lain boleh memberi pandangan masing-masing. Cinta memang boleh membunuh. Cinta boleh membuat kita hidup dalam kesedihan. Namun, kita berhak untuk menerima kebahagian dari orang yang betul-betul menyayangi diri kita seadanya.
Berikan pendapat anda di bawah

4 tanda kekasih anda hendak tinggalkan anda

*di taip pada 17 nov 11
Sebelum malapetaka semulajadi berlaku, pasti ada tanda atau petunjuk yang kita boleh lihat dan rasa. Contohnya awan gelap dan angin yang bertiup kencang adalah petanda bagi kita bahawa hujan ribut akan datang dalam masa terdekat.
Pada masa beginilah bagi sesiapa yang tidak menyedari atau perasan dengan petanda kepada malapetaka akan berkata :
Kalaulah aku sedar lebih awal petanda ini…
4 tanda awal kekasih anda hendak tinggalkan anda di bawah boleh membantu anda untuk mengubah keadaan atau sekurang-kurangnya bersedia menghadapi ‘malapetaka’ yang akan melanda hubungan cinta anda.
Peringatan : Jika anda jenis yang cepat panik dan gelisah, maka jangan baca 4 tanda di bawah. Tujuan saya berkongsi 4 tanda ini hanyalah untuk ‘mengejutkan’ anda dari mimpi lena yang mungkin, jika berterusan, akan menghancurkan kebahagiaan anda sedikit demi sedikit.
  1. Adakah anda berdua sering bergaduh disebabkan perkara remeh/kecil? Pergaduhan sekali-sekala tiada masalah. Tetapi jika pergaduhan terjadi secara habitual, maka itu petanda bahaya.  Menjadikan hal sekecil semut menjadi sebesar gajah bermakna ada perkara di dalam hubungan anda yang anda berdua takut untuk hadapi. Adakah  ketakutan untuk beterus terang mengenai perpisahan yang membuatkan anda berdua masih bersama? Atau adakah perkara lain yang anda berdua patut selesaikan serta-merta?
  2. Adakah pasangan anda kelihatan seperti menjauhi/mengelak dari anda? Perbuatan menjauhkan diri biasanya berlaku jika sesorang itu berasa tidak selesa dengan perkara yang dijahuinya. Jika pasangan anda ada ciri-ciri menjauhkan diri dari anda, anda patut berasa risau sekarang.  Contoh paling mudah adalah pasangan anda susah untuk dihubungi melalui telefon.
  3. Adakah status anda rendah di senarai perhatiannya? Ini bermaksud pasangan anda meletakkan orang lain selain anda lebih penting dari anda. Di dalam kalendar perancangannya, semua nama ada kecuali nama anda. Situasi sebegini adalah situasi yang patut anda elakkan dari awal lagi dengan strategi tertentu. Kalau dah jadi begini, perpisahan awal mungkin penyelesaiannya.
  4. Adakah pasangan anda tidak lagi gembira melakukan aktiviti yang sewaktu ketika dulu sangat menyeronokkan bagi anda berdua? Pasangan anda lebih gembira melakukan aktiviti tersebut seorang diri atau bersama orang lain selain dari anda. Ini petanda buruk yang anda patut sedar sekarang.
Jika anda mengalami salah satu situasi di atas atau mungkin kesemua sekali petanda di atas, maka anda harus membetulkan keadaan di dalam hubungan anda bermual hari ini. Panduan Seni Selamatkan Cinta saya adalah salah satu ikhtiar ‘kecemasan’ anda dalam masa terdekat ini selain meminta nasihat keluarga, rakan ataupun sesiapa sahaja yang mungkin tidak arif di dalam perkara ini.
Jika anda sudah berkahwin, luangkan masa lebih untuk fahami erti perkahwinan.

10 tip bangkit dari kegagalan

*di taip pada 15 nov 11
salam sejahtera semua ツ . topik ni pulak 10 tip bangkit dari kegagalan ツ . baca lah .


HIDUP INI TIDAK SEMUANYA INDAH DAN HARI SURAM JUGA MENJADI SEBAHAGIAN DIARI KAMU. DI KALA DIRI DILANDA KEGAGALAN, KAMU AKAN BERMURUNG SEHINGGA HILANG KEYAKINAN DIRI. REMAJA INGIN BERKONGSI PENYELESAIAN UNTUK MENGATASI KEGAGALAN HIDUP. SIAPA TAHU TIP INI DAPAT MEMBANTU KAMU MEMBINA KEJAYAAN KELAK.


1. Lakukan Aktiviti Menyeronokkan
Ramai yang tidak tahu, emosi kita berkait rapat dengan pengeluaran hormon serotonin. Ketika pengeluarannya meningkat, kamu diselubungi perasaan positif seperti gembira dan bersemangat. Namun saat mengalami kegagalan, pengeluaran hormon tersebut akan berkurangan. Ketika inilah perasaan negatif akan menguasai dirimu. Bagi mengatasi penurunan kadar hormon ini, pakar psikologi menyarankan kamu melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti berdamping dengan orang tersayang. Cara ini akan meningkatkan kadar hormon serotonin dan mengembalikan aura positif dalam diri kamu.


2. Bersosial
Usah mengurung diri dengan memendam rasa sebaliknya kamu digalakkan berinteraksi dengan orang di sekeliling. Perbuatan mengasingkan diri atas alasan untuk menyendiri akan membuatkan kamu lebih tertekan dan cenderung menyalahkan diri sendiri atas kegagalan yang berlaku. Aktiviti sosial yang sihat akan membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan hormon oksitosin yang membuatkan kamu kembali bersemangat. Sokongan moral daripada keluarga dan teman-teman akan membuatkan kamu rasa dihargai dan bermotivasi untuk terus memburu kejayaan.


3. Berfikiran Positif
Tidak dinafikan, kegagalan akan mengganggu kestabilan emosi dan mental kamu. Ubat paling mujarab, kamu harus melihat kegagalan ini dari sudut positif. Dugaan ini akan mematangkan kamu merencana masa depan dengan lebih baik. Jadikan ia sebagai pengajaran dan ceriakan diri kamu dengan sikap humor. Cara ini akan membuatkan kamu tenang dan orang di sekeliling kagum dengan ketabahan yang kamu miliki.


4. Bersikap Terbuka
Ketepikan ego dan terima hakikat kegagalan yang dialami tapi jangan sesekali membiarkan ia melemahkan kamu. Bina kembali keyakinan diri dan bersikap terbuka menerima kritikan, teguran atau nasihat daripada orang lain. Ingat! Kegagalan sering terjadi kepada golongan yang pesimis, ego dan berfikiran sempit.


5. Usah Menyalahkan Diri & Orang Lain
Usah menyalahkan diri atau sesiapa atas kegagalan yang berlaku. Tidak perlu mencari pesalah tapi amat penting untuk kamu menganalisis punca kegagalan agar kamu tidak mengulangi kesilapan yang sama.


6. Sokongan Keluarga & Teman
Saat menghadapi kesukaran begini, sokongan keluarga dan teman-teman sangat diperlukan agar dapat meringankan beban yang kamu tanggung. Setiap insan perlukan perhatian, kasih sayang dan motivasi agar mereka dapat meneruskan hidup dengan gembira.


7. Jaga Kesihatan
Hakikatnya, ramai remaja yang cenderung menyeksa diri sehingga mereka jatuh sakit seperti enggan makan atau terus-terusan mendera emosi dengan menyalahkan diri sendiri atas segala yang berlaku. Sepatutnya dalam keadaan sukar, kamu mesti lebih prihatin menjaga kesihatan dan mengalih perhatian dengan melakukan aktiviti riadah atau hobi baru. Kajian menunjukkan aktiviti fizikal seperti bersukan atau berkebun dapat mengurangkan tekanan.


8. Humor
Ketawa adalah penawar kegagalan atau kesedihan. Usah terus-menerus bermuka masam kerana ia hanya menambah tekanan. Kamu disarankan bergaul dengan teman-teman yang pandai berlawak, malah kamu juga boleh membuat humor. Cara ini akan mengembalikan keceriaan di wajah kamu dan menstabilkan emosi yang terganggu.


9. Luah Perasaan
Usah malu meluah isi hati atau masalah kepada insan yang kamu percayai. Cara ini sangat efektif mengurangkan kekecewaan yang kamu alami. Tapi jika kamu berasa tidak selamat membuka rahsia diri kepada orang lain, apa kata kamu luahkan segala yang membelenggu diri dengan cara menulis diari. Luahkan apa yang terbuku tanpa ada batasan kerana diari adalah hak peribadi kamu.


10. Gali Potensi Diri
Insan di muka bumi ini mempunyai kelebihan dan kekurangan. Jika kamu gagal dalam satu bidang ia bukan bererti hidup kamu mengalami kegagalan secara keseluruhan. Apa kata, kamu gali potensi diri dengan mencuba bidang baru. Misalnya jika sebelum ini kamu tidak menyerlah dalam bidang penulisan, apa kata kamu mencuba penyiaran. Siapa tahu kamu lebih menyerlah sebagai penyampai berbanding penulis.

hah, itulah dia 10 tip bangkit dari kegagalan. tapi zaman sekarang ni lain dah. Kecewa dengan cinta je, mula lah nak buat jahat dan bagai , tak tahu lah kan ? tapi tak semua lah macam tu kan ? ..  gagal sekali tak bermakna gagal selamanya kan ? .. so, dont give up lah. smile ツ . 



                                                                                                                                                                                                                                 ★sayasigadesscadburry◕‿◕ ™

8 Tanda Si Dia Ikhlas dengan Kamu

*ditaip pada 15 nov 11
salam sejahtera semua
hari ini wawa nak kongsi cerita tentang Si Dia Ikhlas Dengan mu . 
baca lah ini dia 8 tanda Si Dia Ikhlas dengan Mu

1. Bersahaja
Dia tidak akan berpura-pura menjadi orang lain atau berlakon baik semata-mata mahu menambat hati  kamu. Sebaliknya si dia akan kelihatan tenang dan bersahaja setiap kali berdepan dengan kamu.


2. Gembira Bersama
Tiada paksaan atau lakonan di wajahnya. Ekspresi gembira jelas terpancar di wajahnya ketika kalian  bertemu atau menghabiskan masa bersama.


3. Terima Kamu Seadanya
Dia menerima kelebihan dan kelemahan diri kamu seadanya. Dia tidak memaksa kamu menjadi orang lain bagi memenuhi ciri-ciri pasangan idamannya.


4. Jujur
Baik dari segi percakapan mahupun perlakuan, dia ikhlas dan berterus-terang dengan kamu. Kaki  penipu biasanya bijak mengatur ayat manis tapi orang yang jujur akan menggunakan bahasa yang biasa.


5. Hormat
Di awal perkenalan sehingga kamu bersama sebagai kekasih, dia menghormati kamu dan tidak sesekali  dia cuba mengambil kesempatan atau mengasari kamu dengan perbuatan atau percakapannya.


6. Bertemu Dengan Keluarga
Jika dia memang ikhlas, dia tidak akan keberatan untuk berkenalan dengan keluarga kamu dan  dia juga akan  membawa kamu bertemu dengan keluarganya.


7. Tidak Menyembunyikan Kawan
Orang yang ikhlas mencintai kamu akan bersikap terbuka dan tidak akan menyembunyikan kawankawannya
daripada kamu.


8. Mengambil Berat
Walau sesibuk mana pun, dia akan menghubungi kamu untuk bertanyakan khabar. Kesungguhannya mengambil berat ini membuktikan yang dia amat menghargai kamu sebagai pasangannya.

so, dah baca kan ? kalau lah pasanagan  anda mempunyai 8 tanda tersebut, maka itulah Dia yang kamu cari ツ .