Sunday 11 November 2012

Bayi 4 bulan maut dipercayai tersedak susu

*di taip pada 7 dec 11
semalam wawa baca akhbar memang terperanjat lah kan , 
bayi berusia 4 empat bulan bukan 4 tahun tahu ,
4 bulan , kasihan kan ? dia tersedak susu .
nak tahu ceritanya ?? nah !!


05/12/2011 8:44pm

PORT DICKSON – Seorang bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu, di sebuah rumah di Taman Desa Rusa, di sini, hari ini.
Bayi itu, Nur Syahira Syakira Mohd Juwaini, ditemui ibunya Naysriah Ibrahim, 33, dengan keadaan mukanya pucat dan hidung berbuih kira-kira pukul 7.30 pagi ketika hendak menjenguk anaknya itu yang ditempatkan dalam sebuah bilik di rumah itu.
Menurut Naysriah, dia sebelum itu memberikan anaknya susu badan pada pukul 4 pagi sebelum menyiapkan persediaan bagi menjual nasi lemak di hadapan rumahnya.
“Pada jam 6 pagi selepas itu, saya ke bilik itu untuk menjenguk keadaan Syahira dan masa itu dia masih sedang nyenyak tidur, tapi untuk kali kedua saya menjenguk pada jam 7.30 pagi, Syahira sudah tidak bergerak, dengan keadaan hidung berbuih dan pucat,” katanya ketika ditemui di Hospital Port Dickson, hari ini.
Katanya, dia yang panik terus memanggil ibu mentuanya yang tinggal bersama-samanya untuk melihat keadaan Nur Syahira.
Mereka kemudiannya bertindak membawa bayi malang itu ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas. – Bernama

begitulah cerita nya , kasihan kan ? mogamoga roh nya 
dirahmati allah , - al-fatihah buat Nur Syahira Syakira Mohd Juwaini, 
dan takziah buat ahli keluarga mangsa . ^^

No comments:

Post a Comment